- Lain-lain
Pengubahsuaian Teater Kebangsaan Myanmar Siap
Projek mengubahsuai Teater Kebangsaan Myanmar yang dijalankan dengan bantuan China telah diselesaikan, dan majlis penyerahan telah diadakan di Yangon pada 27 Disember.
Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai dalam majlis itu berkata bahawa Teater Kebangsaan Myanmar yang dibina dengan bantuan kerajaan China pada 1990 merupakan teater terbesar di Myanmar, dan juga salah satu projek mercu tanda yang melambangkan persahabatan antara kedua-dua negara. China dan Myanmar memutuskan untuk mengubahsuai teater tersebut supaya bangunan itu dapat memainkan peranan yang lebih baik.
Chen berkata, sejak 2019, projek ini dilaksanakan dan mengatasi pelbagai kesukaran seperti penularan COVID-19. Kini, Teater Kebangsaan Myanmar telah dinaik taraf menjadi teater seni moden bertaraf tinggi.