- Lain-lain
Pesawat C919 Mendarat di HAK
Penerbangan MU7807 kendalian China Eastern Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan (HAK) selepas perjalanan terus dari Lapangan Terbang Shanghai Hongqiao (SHA). Pendaratan pesawat model C919, kapal terbang jet berbadan sempit buatan China yang pertama itu bukan sahaja suatu batu tanda penting bagi sektor penerbangan awam, malah menandakan bermulanya fasa penerbangan pengesahan secara rasmi di HAK.
Difahamkan, pesawat model C919 telah memulakan proses penerbangan pengesahan selama 100 jam sejak penyerahannya kepada syarikat pengendali berkenaan pada 26 Disember 2022. Laluannya melibatkan 9 provinsi dan bandar serta 10 lapangan terbang termasuk Beijing, Sichuan, Xi'an, Haikou dan destinasi lain. Fasa pemeriksaan di Haikou melibatkan penerbangan SHA-HAK-SHA sebanyak 20 kali. Dengan pemeriksaan ini, Haikou juga akan menjadi salah satu bandar yang paling banyak menjalankan penerbangan pengesahan terhadap pesawat C919.
Penerbangan pengesahan perlu mensimulasikan keseluruhan proses operasi penerbangan, termasuk penghantaran dan pelepasan penerbangan, turun naik penumpang, aturan operasi penerbangan, operasi anak kapal, sokongan perkhidmatan darat, dan sebagainya. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan penumpang dapat menikmati pengalaman yang memuaskan selepas pesawat C919 beroperasi secara komersial.