- Lain-lain
China Sentiasa Aktif Sertai Kolaborasi Lawan Wabak
Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China aktif terlibat dalam kolaborasi melawan wabak di peringkat global dan serta-merta menyertai respons antarabangsa untuk menangani cabaran berkenaan.
Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata, berdasarkan perubahan situasi COVID-19, pihak berkuasa China berkongsi maklumat berkenaan secara terbuka, telus dan tepat pada masanya mengikut undang-undang.
Di samping itu, China juga berkongsi data genom virus daripada kes jangkitan tempatan menerusi Inisiatif Global mengenai Perkongsian Data Influenza (GISAID).
Mutakhir ini, pihak China bersidang secara maya dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membincangkan keadaan semasa wabak di dalam negeri.
Menurut Mao, pakar kesihatan dari banyak negara mengatakan bahawa strain virus yang dominan di China sekarang, sudah pun merebak di seluruh dunia sebelum ini.
"Strain baharu boleh muncul di mana-mana tempat, jadi tiada keperluan untuk mengenakan sekatan kemasukan menyasarkan China,” katanya dalam sidang media di Beijing, pada Selasa.
Mao turut berkata, langkah respons COVID-19 di semua negara perlu dilaksanakan secara saintifik dan sesuai.
"Tindak balas COVID-19 tidak sepatutnya dipergunakan untuk melakukan mainan politik mahupun bersifat diskriminasi, serta tidak boleh menjejaskan pergerakan rentas sempadan dan kerjasama berkenaan," ujar beliau.
- Pelarasan Tahap Pengurusan COVID-19 Permudah Pergerakan Rentas Sempadan
- Tiga Tahun COVID-19: Cabaran dan Peluang Baharu
- China Harap Perjalanan Individu Dipulihkan dan Dimudahkan
- Langkah Kawalan Wabak Diubahsuai Mengikut Perkembangan Situasi
- China Umum Peraturan Baharu Mudahkan Pergerakan Rentas Sempadan
- Tingkatkan Perlindungan terhadap Keselamatan Nyawa dan Kesihatan Rakyat: Xi
- Faktor China Kekalkan Sekatan Ketat COVID-19 Selama Tiga Tahun
- Objektif Perjuangan Melawan Wabak Selama Tiga Tahun Tercapai
- COVID-19: Pengorbanan Ekonomi China, Berbaloi Atau Tidak?
- Pastikan Peralihan Lancar Fasa Respons COVID-19: Naib PM