- Lain-lain
Pelabuhan Xiamen Buka Laluan Perdagangan Antarabangsa Pertama 2023
Pada 4 Januari, kapal kontena “Smart City” yang sarat dengan kargo bertolak dari terminatl Haitian, pelabuhan Xiamen. (foto: Port of Xiamen) |
Pada 4 Januari, kapal kontena “Smart City” yang sarat dengan kargo bertolak dari terminal Haitian, pelabuhan Xiamen. Setakat ini, laluan perdagangan antarabangsa pertama yang dibuka oleh pelabuhan Xiamen pada 2023, iaitu laluan Asia Tenggara South China Philippines (SCP) beroperasi dengan jayanya.
Difahamkan, laluan ini sebahagian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dikendalikan bersama oleh Pacific International Lines (PIL) dan Emirates Shipping Lines (ESL). Laluan ini bermula dari pelabuhan Xiamen, melalui pelabuhan Nansha di provinsi Guangzhou dan pelabuhan Shekou di bandar Shenzhen, terus ke bandar Manila dan Cebu, Filipina sebelum pulang ke pelabuhan Xiamen. Selepas ini, batu, hasil pertanian, dan sebagainya dari Filipina dapat memasuki pasaran China dalam masa yang paling singkat dengan laluan ini, yang sekali gus akan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua kawasan ekonomi tersebut.
Menurut data, pelabuhan Xiamen kini mempunyai 174 laluan termasuk 134 laluan perdagangan antarabangsa, antaranya 97 yang beroperasi di bawah RCEP. Pegawai pelabuhan Xiamen berkenaan berkata bahawa, pelancaran laluan ini akan mempermudah perdagangan antara bandar Xiamen dan kawasan ekonomi sekitarnya dengan Filipina. Beliau menambah bahawa dalam tahun ini, pelabuhan Xiamen akan berusaha membina saluran logistic “RCEP+Laluan Sutera Maritim” dengan memanfaatkan kelebihan lokasinya, untuk memberi sokongan kepada kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan, serta pembangunan berkualiti pelabuhan Xiamen.
Kini, pelabuhan Xiamen mempunyai 174 laluan termasuk 134 laluan perdagangan antarabangsa, antaranya 97 yang beroperasi di bawah RCEP. (foto: Port of Xiamen) |
Pelancaran laluan SCP akan mempermudah perdagangan antara bandar Xiamen dan kawasan ekonomi sekitarnya dengan Filipina. (foto: Port of Xiamen) |