99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Finalis Pertandingan Bercerita “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Antarabangsa 2022 Diumumkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 09 Januari 2023

Ditaja oleh Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing, dihoskan oleh People's Daily Online dan Bandar Hohhot, dua pusingan awal dan separuh akhir pertandingan bercerita “Kisah saya dengan Hanzi Bahasa China” peringkat antarabangsa telah selesai dan akan memasuki peringkat akhir.

Tema pertandingan ini ialah “yi (kebenaran)”. “Yi” ialah konsep falsafah China kuno. Dalam Konfusianisme, "yi" bermaksud kebajikan dan kebenaran, dan dalam Mohisme bermaksud moraliti. Dalam era baharu ini, konotasi era baharu telah diberikan kepada “yi”. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menyebarkan budaya tradisional China, meneroka keindahan hanzi (karakter tulisan China), dan memaknai cahaya sinar tamadun dalam pertukaran dan pembelajaran bersama. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pertandingan pusingan awal, separuh akhir dan akhir. Hanya 10 orang peserta akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir.

Pertandingan pusingan akhir akan diadakan pada 10 Januari 2023 di Bandar Hohhot, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Semasa pertandingan tersebut berlangsung, 10 orang peserta akan menyampaikan cerita yang bertemakan “kebenaran” secara spontan dalam bahasa China selama 7 minit. Para hakim akan memberi markah berdasarkan nilai teras cerita, daya tarikan terhadap pendengar, kebolehan mengekspresikan diri dalam bahasa China, hasil pembelajaran bersama antara tamadun serta penilaian dari pelbagai sudut lain. Penilaian komprehensif menentukan keputusan pertandingan sama ada tahap cemerlang atau yang lain.

Kita bertemu kerana hanzi, bersahabat baik kerana“yi”iaitu kebenaran. Nantikan bersama upacara besar pertukaran budaya tradisional China yang akan merentasi gunung dan lautan!

Senarai finalis yang disenarai pendek (berdasarkan susunan abjad dan negara)

1. Hussaini Mohammad Mahdi, Shanxi University, Afghanistan

2. Seyi Essobo Pascal Axyan, Southwest Minzu University, Cameroon

3. Janik Westerboer, Anhui Foreign Language University, Jerman

4. Kalra Anmol Suresh, Shaoxing College of Arts and Science, India

5. Gaifiev Eduard,  Hunan Normal University, Rusia

6. Lucas Gutierrez Rodriguez, Southwest University of Science and Technology, Sepanyol

7. Kiti Tippawan, Yunnan Minsu University, Thailand

8. Tchabi Koffi Odjoukpan, Inner Mongolia Normal University, Togo

9. Kirianaki Kseniia, Southwest Forestry University, Ukraine

10. Peter J Dunkle, Anhui Zhongjia School, Amerika Syarikat

Gaya Hidup

Berita Berkaitan