- Lain-lain
Produk Pintar "Buatan China" Menonjol dalam Pameran Penggunaan Elektronik Las Vegas
Terdapat lebih 3,100 perusahaan yang melibatkan diri dalam Pameran Penggunaan Elektronik di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) edisi 2023 yang berlangsung pada masa ini, termasuk lebih 400 pempamer China yang menonjolkan teknologi inovatif.
Menurut keputusan pemilihan "jenama premium global" anjuran sejumlah institusi berwibawa dalam bidang penggunaan elektronik pada 6 Januari waktu tempatan, beberapa banyak perusahaan China dinobatkan bagi kategori hadiah inovatif. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, banyak syarikat China yang giat melaksanakan strategi pembangunan negara "kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa", berinisiatif merintis pasaran antarabangsa, sekali gus menjadikan nilai teras dan daya saing jenama produk China meningkat di persada antarabangsa.
Penanggungjawab bagi suatu syarikat China, Zhang Wenhai berkata, pihaknya berdasarkan urusniaganya yang semakin mantap dalam pasaran domestik, mempercepat langkah untuk mengembangkan sayap dalam senario industri global. Melalui peralihan dari pengeksportan produk kepada pengeksportan kemampuan perindustrian, diharapkan agar dapat meningkatkan penglibatannya dalam globalisasi rantaian pembekalan dan dominasinya dalam pengoperasian di seberang laut.