99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Penaiktarafan Pembuatan Peralatan Canggih, Titik Pertumbuhan Ekonomi China (2)

(CRI)Jumaat 13 Januari 2023
Penaiktarafan Pembuatan Peralatan Canggih, Titik Pertumbuhan Ekonomi China
Pada pukul 1.21 petang 27 Disember 2022, pesawat besar C919 pertama di dunia diserahkan kepada China Eastern Airlines.

Industri pembuatan peralatan canggih disifatkan sebagai batu asas bagi modenisasi perindustrian serta bidang inovasi sains dan teknologi yang penting.

Pembuatan bertaraf tinggi yang meliputi sektor penerbangan, aeroangkasa, kapal, kereta api, automobil, dan tenaga dapat secara terus memperlihatkan daya pengeluaran dan inovasi industri.

Ditinjau dari kuantiti paten inovasi, jumlah paten baharu China dalam bidang pembuatan peralatan canggih meningkat lebih 30 peratus purata tahunan pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada awal Januari lalu, pesawat besar buatan China, C919 milik China Eastern Airlines memulakan penerbangan pengesahan intensif.

Untuk rekod, C919 ialah pesawat penumpang besar yang dibangunkan oleh China mengikut peraturan penerbangan awam antarabangsa dengan harta intelek sendiri.

Taraf pembuatan canggih sesebuah negara besar boleh dilihat dari industri aeroangkasanya.

Pada 29 November lalu, roket pembawa Long March-2F yang membawa kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-15 berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan tepat pukul 11.08 malam, dan tiga angkasawan memasuki stesen ruang angkasa dan berkumpul dengan kru angkasawan Shenzhou-14 dua hari selepasnya.

Ia juga merupakan kali pertama dua kru angkasawan berjumpa di stesen angkasa dalam sejarah aeroangkasa China.

Daya pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kapal besar pula menunjukkan taraf pembuatan peralatan canggih.

Sehingga akhir 2021, kapasiti penghantaran perkapalan laut China mencatat 350 juta tan, menyumbang 15 peratus bagi kapasiti perkapalan global, dan menduduki tempat kedua di dunia.

Pada 25 Jun 2021, stesen tenaga "Deep Sea One", platform pengeluaran dan penyimpanan minyak separa tenggelam air berkapasiti 100,000 tan pertama di dunia yang dicipta dan dibangunkan oleh China sendiri beroperasi secara rasmi.

Ia sekali gus menandakan China telah merealisasikan sepenuhnya lonjakan dari 300 meter kepada 1,500 meter air ultra dalam daripada teknologi peralatan kepada keupayaan penerokaan dan pembangunan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan