- Lain-lain
Xinjiang yang Makmur dan Harmoni Kembang ke Arah Betul
Satu delegasi yang terdiri daripada pakar dan sarjana Islam yang terkenal dari 14 negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, dan Mesir yang diketuai Pengerusi Majlis Komuniti Muslim Dunia (WMCC), Ali Rashid Al-Nuaimi telah mengunjungi wilayah Xinjiang, China pada 8 hingga 11 Januari.
Menyentuh kungjungan terbabit, Ali berkata, wajah baharu Xinjiang membuktikan wilayah itu berada dalam perkembangan ke arah yang betul. Kejayaannya dalam membanteras kemiskinan mutlak secara menyeluruh pada beberapa tahun lalu merupakan satu pencapaian yang cemerlang yang sudah membawa kesejahteraan yang substantif kepada rakyat setempat.
Melalui kunjungannya di sejumlah tempat di wilayah Xinjiang seperti Urumqi, Altay dan Kashgar, para anggota delegasi tersebut berpeluang mengambiltahu tentang usaha Xinjiang dalam memastikan kebebasan beragama penduduk setempat terjamin. Sementara itu, pujian tinggi turut diberikan mereka terhadap pembangunan terkini di wilayah itu.
"Kami telah mengunjungi pusat kota yang bersejarah lama dan pasar di bandar Kashgar, dan berinteraksi dengan pejalan kaki tempatan. Kami berpeluang menyaksikan mereka menikmati kehidupan dan pembangunan. Suasana bahagia boleh terasa. Kesemuanya dalam keadaan yang maju jaya," katanya kepada wartawan Kumpulan Media China (CMG).