99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Industri Hijau, Momentum Baharu Ekonomi China

(CRI)Jumaat 20 Januari 2023
Industri Hijau, Momentum Baharu Ekonomi China

Industri hijau yang penuh dengan dinamika menjadi momentum baharu pertumbuhan ekonomi China.

Naib ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Zhao Chenxin berkata aktiviti hijau dalam negeri terus berkembang dengan ditunjangi oleh pemerkasaan inovasi teknologi hijau.

“Nilai output industri penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar mencatat pertumbuhan purata sebanyak 10 peratus setiap tahun.”

“Kami (China) menduduki tempat pertama dalam skala pengeluaran kelengkapan tenaga bersih.”

“Selain itu, jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan tenaga boleh diperbaharui (RE) mengukuhkan kedudukan di tangga teratas selama lapan tahun berturut-turut,” kata Zhao dalam sidang media di Beijing, pada Khamis.

Beliau turut menyatakan inovasi teknologi akan terus dipergiatkan untuk mempermudah pengurusan industri berkenaan.

“Setakat akhir 2021, jumlah paten daripada sektor penjimatan tenaga dan perlindungan alam sebanyak 49,000 manakala sektor RE adalah 60,000.”

“Teknologi seperti dalam bidang RE, kawalan pencemaran dan pemantauan alam sekitar telah mencapai tahap berkelas dunia,” kata Zhao.

Pada hari sama, kertas putih bertajuk ‘Pembangunan Hijau China dalam Era Baharu’ dikeluarkan, yang merumuskan secara sistematik tindakan dan pencapaian China dalam pembangunan hijau sepanjang sedekad lalu.

Dicatatkan bahawa penggunaan tenaga bersih di China meningkat kepada 25.5 peratus pada 2021 berbanding 14.5 peratus pada 2012.

Sementara itu, kadar penggunaan arang batu menurun daripada 68.5 peratus kepada 56.0 peratus, menyaksikan penggunaan tenaga bagi seunit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut 26.4 peratus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan