99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kereta Api Kargo China-Eropah Pertama 2023 Berlepas dari Guangxi

(CRI)Sabtu 28 Januari 2023

Kereta api kargo China-Eropah X9132 yang membawa lebih 40,000 unit peralatan elektrik kegunaan rumah bertolak dari Nanning, wilayah Guangxi, menuju ke Almaty, Kazakhstan, pada Rabu.

Barang elektrik tersebut seperti ketuhar gelombang mikro, peti ais, ketuhar elektrik, pembersih vakum dan televisyen.

Dimaklumkan, barangan tersebut diangkut menerusi laut dari Vietnam ke Qinzhou sebelum dibawa ke Nanning, sekali gus mewujudkan penyambungan kereta api China-Vietnam dan kereta api kargo China-Eropah.

Menurut statistik, sejak penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada awal tahun lalu, makanan, barang keperluan seharian dan produk elektronik yang diangkut melalui Nanning ke luar negeri mencatat 15,680 tan, meningkat 71.9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan