- Lain-lain
PMI Pembuatan China Catat 50.1 Peratus pada Januari
(CRI)Selasa 31 Januari 2023
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan China mencatat 50.1 peratus pada Januari, menokok 3.1 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.
Indeks itu kembali merekodkan peningkatan selepas berada di bawah paras 50 peratus selama tiga bulan berturut-turut.
Data berkenaan diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dan Pusat Tinjauan Industri Perkhidmatan Biro Statistik Negara (NBS) pagi tadi.
Sementara itu, indeks tempahan baharu bagi Januari mencatat 50.9 peratus, meningkat 7 mata peratusan berbanding bulan lepas.
Dengan pelaksanaan langkah pencegahan wabak COVID-19 yang terus dioptimumkan serta pakej dasar bagi memantapkan ekonomi, permintaan pasaran domestik turut meningkat dengan pesat.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang