- Lain-lain
Guizhou akan Labur 20B yuan dalam Data Raya
Seorang kakitangan bekerja di makmal utama data raya Universiti Guizhou di bandar Guiyang, provinsi Guizhou, barat daya China, pada 27 Mei 2022. (foto: Ou Dongqu/Xinhua)
Provinsi Guizhou, hab utama data raya di barat daya China, mengumumkan pada 13 Februari bahawa pihaknya akan melabur 20 bilion yuan (12.76 bilion ringgit) dalam projek berkaitan data raya sepanjang tahun ini.
Menurut satu persidangan data raya pada hari sama, tahun ini provinsi Guizhou merancang untuk memperkenalkan lebih 200 projek ekonomi digital yang boleh menjana pertumbuhan kukuh.
Provinsi tersebut akan mencepatkan langkah untuk membina pusat data, rangkaian pengkomputeran, 5G, dan infrastruktur digital terbaharu, kata pengarah dari pihak berkuasa provinsi Yunnan, Jing Yaping di persidangan itu.
Menurut rancangan, sebanyak 800,000 rak pusat data, 4 juta pelayan dan lebih 180,000 stesen 5G akan dibina di serata provinsi menjelang 2025.
Selaku zon perintis komprehensif data raya yang pertama di China, provinsi Guizhou melihat industri terbabit sebagai tulang utama pembangunan berkualiti sosioekonomi tempatan.
Pada 2023, keluaran dalam negara kasar (KDNK) provinsi Guizhou dijangka mencatat 2.2 trilion yuan (1.4 trilion ringgit), berkembang kira-kira 6%, dengan ekonomi digital menyumbangkan lebih kurang 40% daripadanya.
- China Giat Pacukan Ekonomi Digital demi Sediakan Peluang Baharu kepada Dunia
- Ekonomi Gig Menjana pekerjaan di China
- GDTE Edisi Pertama Buka Tirai di Hangzhou
- E-dagang Rentas Sempadan, Peluang buat Bandar Pedalaman China
- Pelanggan Penstriman E-dagang China Kini Lebih 460 Juta
- Kembangkan Ekonomi Digital, Bawa Manfaat kepada Rakyat Dunia: Xi