- Lain-lain
Percetakan 3D Berjaya Replikakan Gua ketiga Groto Yungang
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Februari 2023
Sebuah replika patung Buddha Amitabha setinggi 9.93 meter yang dihasilkan menggunakan percetakan 3D kelihatan tersergam di Muzium Seni Groto Yungang pada 13 Februari.
Lokasi patung sebenar iaitu gua ketiga Groto Yungang turut direplikakan dengan terperinci menggunakan cara sama oleh muzium itu, yang letaknya di Dataran Media Bandar Qingdao, provinsi Shandong.
Dibuat mengikut saiz asal gua ketiga Groto Yungang iaitu 17.7 meter tinggi dan 13.3 meter lebar, ini merupakan cubaan pertama di dunia untuk mereplikakan suatu tinggalan budaya yang begitu besar menggunakan teknologi percetakan 3D.
Sebanyak 10,000 keping gambar gua asal dikumpulkan dan 842 buah model dicetak, yang kemudiannya memakan masa 3 bulan untuk siap dipasang.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang