- Lain-lain
Senjata Lebih Dihargai Berbanding Nyawa: Media AS
Beberapa kes tembakan serius berlaku di bandar Sweetwater di negeri Tennessee, bandar Lincoln di negeri Oklahoma, dan bandar Houston di negeri Texas, Amerika Syariat (AS) pada Selasa waktu tempatan.
Memandangkan situasi keganasan senjata api yang semakin berleluasa, media AS "USA Today" menerbitkan artikel yang secara ironi mengatakan bahawa AS wajib mengeluarkan amaran kepada pelancong dari seluruh dunia semasa Piala Dunia 2026 dan Sukan Olimpik 2028, memberitahu mereka bahawa "negara ini lebih menghargai senjata berbanding nyawa" atau menggantung slogan yang menyebut "kes tembakan kemungkinan berlaku di mana-mana tempat pada bila-bila masa, setiap individu kemungkinan menjadi mangsa."
Artikel itu menyatakan bahawa keganasan senjata api meletakkan setiap penduduk dan pelancong berada dalam keadaan berbahaya di negara itu pada bila-bila masa.
Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan pendapat umum terkini mendapati bahawa disebabkan siri tembakan serius di AS baru-baru ini, 63% responden tidak berpuas hati dengan undang-undang dan dasar senjata api di negara itu dan perkadaran ini mencecah tahap tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
- Kes Tembakan di Universiti Negeri Michigan, 8 Mahasiswa Menjadi Mangsa
- Sekurang-kurangnya 12 Terbunuh Kes Tembakan di AS
- Seorang Maut Kes Tembakan di Buffalo
- Warga China Terbunuh dalam Kes Tembakan di California
- Seorang Maut dalam Kes Tembakan di Texas
- Dua Maut dalam Kes Tembakan di Colorado
- Jumlah Mangsa Ditembak Mati Polis AS Catat Rekod Tertinggi
- 1.11 Juta Orang Maut dalam Kekerasan Senjata Api di AS pada 32 Tahun Lalu
- Tujuh Cedera Kes Tembakan di AS
- Butiran Kes Tembakan di Sekolah Tinggi Didedahkan