- Lain-lain
Laporan ‘Hegemoni AS dan Bahayanya’ Disiarkan
Laporan 'Hegemoni Amerika Syarikat (AS) dan Bahayanya' yang disiarkan pada Isnin mendedahkan pelbagai amalan hegemoni negara itu dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, teknologi dan kebudayaan, serta bahayanya kepada kedamaian dan kesejahteraan rakyat sedunia.
Menurut laporan itu, AS mencampuri urusan dalaman negara lain, mengejar, mempertahankan serta menyalahgunakan hegemoninya, malah menggulingkan pemerintahan negara lain dan mencetuskan peperangan dengan sewenang-wenangnya.
AS yang memegang mentaliti Perang Dingin, mengamalkan politik berkumpulan dan menghasut perlawanan.
Atas nama demokrasi dan hak asasi manusia, AS cuba mencorakkan semula negara lain serta order antarabangsa mengikut konsep nilai dan sistem politiknya.
Di samping itu, AS juga menjadikan kedudukan hegemoninya dalam bidang ekonomi dan monetari sebagai senjata geopolitik.
Laporan itu turut membidas amalan monopoli dan pembulian AS dalam bidang teknologi tinggi dengan niat mengekang pembangunan sains dan teknologi negara lain.
- China Bantah AS Tembak Jatuh Belonnya yang Menyimpang
- Asia Pasifik Bukan Medan Persaingan Geopolitik
- AS Digesa Jangan Lampaui Batas China
- AS, Pensabotaj Sistem Dagangan Pelbagai Hala
- AS Digesa Henti Coret Arang pada Muka China
- China Bantah 'Larangan Pelaburan' AS
- Sekatan Sepihak AS Dibidas Perbuatan Hegenomi dalam Perhimpunan PBB