- Lain-lain
AS Digesa Tunjuk Keikhlasan, Betulkan Kesalahan
Amerika Syarikat (AS) perlu menyedari dan menangani kerosakan hubungan dengan China akibat penyalahgunaan kekerasan yang dilakukannya.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin turut menggesa negara itu menunjukkan keikhlasan dan membetulkan kesalahan.
Wang berkata demikian dalam taklimat media pada Rabu sebagai balasan kepada kenyataan tidak berasas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.
Blinken dilaporkan dalam hantaran di Twitter baru-baru ini sekali lagi mendakwa kapal udara China sebagai belon perisik yang mencabuli kedaulatan AS.
Menyentuh tentang hal itu, Wang berkata China telah kerap kali memberi penjelasan bahawa kehadiran kapal udara tanpa pemandu awam China di ruang udara AS ialah satu peristiwa di luar dugaan akibat force majeure.
Tambah beliau, AS tidak mempedulikan fakta, mereka-reka tohmahan ‘belon perisik’ malah mengerahkan jet pejuang menembak jatuh kapal udara itu dengan peluru berpandu. Perbuatan sebegitu seratus peratusnya merupakan penyalahgunaan kekerasan, yang membelakangi kelaziman serta konvensyen antarabangsa berkenaan.
- AS Digesa Bentuk Penginsafan Objektif dan Rasional terhadap China
- China, AS Perlu Kekal Komunikasi, Elak Salah Tanggap
- China AS Bincang Isu Ekonomi dan Cabaran Global
- China Alu-alukan Lawatan Blinken
- Qin Gang, Antony Blinken Bual Melalui Telefon
- China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Presiden di Bali
- Wang Yi Ditemui Pengerusi Persatuan Asia AS
- Rundingan Pegawai Kanan China, AS Mendalam dan Konstruktif
- Ucapan Antony Blinken Ingin Lawat China Disambut Baik
- Perluas Pertukaran Sesama Rakyat, Konsensus Pemimpin China dan AS