- Lain-lain
China, Indonesia Iltizam Maju Bersama
Indonesia bersedia berganding bahu dengan China bagi memelihara kedamaian serta ketenteraman serantau, dan memacu rejuvenasi pasca pandemik.
Demikian dinyatakan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam pertemuan dengan Menteri Luar China, Qin Gang di Jakarta pada Rabu.
Jokowi berkata, kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara membuahkan hasil memberangsangkan pada tahun-tahun kebelakangan ini. China sudah menjadi sumber pelaburan asing kedua terbesar bagi Indonesia.
Beliau menyarankan kedua-dua pihak mempercepat pelaksanaan projek kerjasama penting termasuk landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, Taman Industri Kalimantan Utara dan pembangunan ibu negara baharu Indonesia, di samping memperluas kerjasama melibatkan rantaian perindustrian dan tenaga baharu.
Sementara itu, Qin menzahirkan komitmen China untuk bersinergi dengan Indonesia bagi mewujudkan pembangunan bersama dalam jalan menuju modenisasi.
Beliau turut menegaskan perlunya usaha bersama dilakukan demi memastikan projek HSR Jakarta-Bandung disiapkan mengikut jadual, dan meneroka lebih banyak projek ikonik berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Qin juga menyatakan kesediaan China untuk mengimport lebih banyak barangan pukal serta produk pertanian dan perikanan dari Indonesia.
Tambah beliau, China menyokong penuh peranan Indonesia selaku pengerusi bergilir ASEAN, serta keputusan blok berkenaan.
- Kapal Hospital "Bahtera Damai" Balik ke China
- Aroma Kopi Bangkit Nostalgia Bekas Perantau
- China Sedia Bantu Indonesia Tangani Bencana Gempa
- China dan Indonesia Setuju Bina Komuniti Berkongsi Nasib
- Wang Yi Bertemu Menter Penyelaras Indonesia Luhut
- China, Indonesia Ikrar Mantapkan Lagi Kerjasama
- Xi Jinping Bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo
- Isteri Presiden China Sertai Acara Pasangan Pemimpin G20
- Presiden Xi Jinping akan Tiba di Indonesia
- China Peneraju Pemulihan Global: Duta Indonesia