- Lain-lain
Skylight Pintar Gergasi Siap Dibina di Stesen Xiamenbei
Skylight pintar seluas 1,400 meter persegi siap pada 23 Februari, di Stesen Kereta Api Xiamenbei, bandar Xiamen. (Gambar oleh He Weidong) |
Satu skylight pintar seluas 1,400 meter persegi, yang juga skylight pintar stesen kereta api paling besar di China, siap dibina sepenuhnya pada 23 Februari lalu di Stesen Kereta Api Xiamenbei, bandar Xiamen, provinsi Fujian.
Difahamkan bahawa, Stesen Kereta Api Xiamenbei baharu yang sedang dalam pembinaan bakal menjadi hab pengangkutan bersepadu paling besar di provinsi Fujian yang merangkumi kereta api, subway, bas, BRT dan sebagainya. Panjangnya 144 meter dari timur ke barat, sementara lebarnya 37 meter dari selatan ke utara. Bahagian bumbung dipasang satu jendela langit pintar berbentuk ‘A’ yang seluas tiga gelanggang bola keranjang, iaitu 1,400 meter persegi. Ia terbentuk daripada 420 modul dengan setiap satu seberat 180 kilogram dan keseluruhan pembinaannya hanya mengambil masa 15 hari.
Sudut pembukaan dan penutupan, masa buka dan tutup serta luas tirainya boleh diubah secara automatik berdasarkan data yang dikesan oleh penderianya seperti keamatan cahaya matahari, kekuatan angin, hujan, perbezaan suhu dalaman dan luaran dan sebagainya. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran yang nyaman bagi para penumpang, sambil menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi. Dianggarkan bahawa dengan adanya skylight pintar itu, waktu operasi sistem pengudaraan dapat dipendekkan sebanyak 40 hari setiap tahun, iaitu pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 14.13 tan.