- Lain-lain
Qin Gang: G20 Digesa Memikul Tanggungjawab Menyumbang kepada Pembangunan dan Kemakmuran Dunia
Kumpulan 20 (G20) dikehendaki memikul tanggungjawab dalam kerjasama untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran sejagat. Menteri Luar China, Qin Gang berkata demikian ketika menghadiri Sidang Menteri Luar G20 di New Delhi, India pada 2 Mac waktu tempatan.
Qin turut mengemukakan tiga cadangan, iaitu merancakkan penyelarasan dari segi dasar ekonomi makro dan memelihara keselamatan bijirin dan sumber tenaga, menyempurnakan tadbir urus ekonomi sejagat serta memperkasakan kerjasama pembangunan antarabangsa.
Qin menekankan bahawa pembangunan dan kemakmuran dunia tidak terlepas dari persekitaran antarabangsa yang damai dan stabil, maka China mengeluarkan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan dokumen mengenai pendirian China bagi menyelesaikan krisis Ukraine secara politik.
Qin juga memperkenalkan keputusan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China untuk mendorong pembangunan melalui modenisasi ala China. Beliau menekankan keputusan itu dibuat berdasarkan praktik China dan selaras dengan trend dunia, yang akan menyediakan peluang baharu kepada kerjasama antara China dengan pelbagai negara lain. China akan terus aktif menyertai pelbagai agenda G20 demi memberikan sumbangan yang lebih besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- Qin Gang Bakal Hadiri Sidang Menteri Luar G20
- Mesyuarat G20 Seru Perkasa Kolaborasi Polisi
- Pembangunan Diutamakan dalam Pembinaan Keamanan
- China, Enjin Pertumbuhan Dunia: Ketua Pengarah WTO
- Sidang Tahunan WEF Buka Tirai
- Jangkaan Pertumbuhan Ekonomi Global 2023 Turun ke 1.7%
- Kembangkan Ekonomi Digital, Bawa Manfaat kepada Rakyat Dunia: Xi
- G20 Perlu Galas Tanggungjawab, Perjuangkan Pembangunan Global: Xi
- Presiden Xi Tiba di Indonesia
- Presiden Xi Jinping akan Tiba di Indonesia
- China Peneraju Pemulihan Global: Duta Indonesia
- China akan Sumbang Lebih Banyak Tenaga Positif kepada Pertumbuhan Ekonomi Dunia