- Lain-lain
Li: Menentang Kuasa 'Kemerdekaan Taiwan', Dorong Penyatuan Semula Tanah Air
Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja dibentangkannya dalam sidang pembukaan sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan menyatakan bahawa China akan terus melaksanakan pelan induk Parti bagi menyelesaikan masalah Taiwan pada era baharu, menjunjung tinggi prinsip 'Satu China' dan "Persepakatan Tahun 1992", menentang kuasa pembelot 'kemerdekaan Taiwan', dan mendorong perkembangan damai antara kedua-dua pantai selat Taiwan serta proses penyatuan semula tanah air secara damai.
Beliau berkata, China akan terus mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dengan Taiwan dalam bidang ekonomi dan kebudayaan, menyempurnakan sistem dan langkah menyejahterakan saudara setanah air di Taiwan, dan mendorong kedua-dua pantai menyuburkan kebudayaan China bersama-sama demi gagasan pembangkitan semula nusa dan bangsa.
Menyentuh Hong Kong dan Macao, China akan terus mengamalkan panduan "Satu Negara, Dua Sistem" dan autonomi bertaraf tinggi, memartabatkan penguatkuasaan undang-undang di kedua-dua wilayah tersebut, melindungi tata hukum dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Asas melibatkan wilayah pentadbiran khas, melaksanakan prinsip tentang "pentadbiran patriot di Hong Kong dan Macao", dan terus memberikan sokongan kepada kedua-dua wilayah tersebut dalam pembangunan ekonomi serta penambahbaikan hidup rakyat demi kemakmuran dan kestabilan setempat yang konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang.
- Sidang Pembukaan NPC Dirasmikan
- Li: Pencapaian Ekonomi China 2022 Tidak Mudah
- Wakil NPC dari Pelbagai Lapisan Masyarakat, Relevan dengan Peringkat Akar Umbi
- Sesi Pertama NPC Bakal Dirasmikan Esok
- 'Saluran Wakil, Anggota dan Menteri' untuk Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023
- Tinjauan: Pendidikan, Kebajikan, Antirasuah Tumpuan Netizen Menjelang Sidang NPC, CPPCC
- Setiausaha Negara AS Bercakap Karut Mengenai Isu Taiwan
- Dua Firma AS Dimasukkan Senarai Entiti Tidak Dipercayai
- Latihan Ketenteraan PLA Tindakan Balas terhadap Provokasi Kuasa Luaran dan ‘Kemerdekaan Taiwan’
- Tarikh Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023 Ditetapkan
- Latihan Tentera PLA di Sekitar Pulau Taiwan
- Isu Taiwan, Sebahagian Urusan Dalaman Rakyat China
- Galak Pembangunan Hubungan Rentas Selat secara Damai, Bersepadu
- China Bantah Keras Hubungan Ketenteraan AS dengan Taiwan
- AS Dituntut Henti Jual Senjata kepada Taiwan
- Prinsip Satu China Tidak Boleh Digoyahkan
- Xi: Isu Taiwan, Urusan Rakyat China Sendiri