99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Li: Pertumbuhan Ekonomi China Berpurata 5.2% Setiap Tahun

(CRI)Ahad 05 Mac 2023
Li: Pertumbuhan Ekonomi China Berpurata 5.2% Setiap Tahun

China mencapai kemajuan signifikan dalam pembangunan sosioekonominya pada lima tahun lepas, menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RMB121 trilion (RM78.41 trilion) dengan kadar pertumbuhan tahunannya berpurata 5.2%. Jika dilihat dalam tempoh sedekad lalu, KDNK China bertambah RMB70 trilion (RM45.36 trilion) dengan kadar pertumbuhannya berpurata 6.2%.

Demikian terkandung dalam laporan kerajaan yang dibentangkan Perdana Menteri China, Li Keqiang pada sidang pembukaan sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Beliau berkata, peningkatan kekuatan negara China tidak terlepas dari usahanya memperincikan pembaharuan dan meningkatkan tahap keterbukaan, dan mendorong pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada lima tahun lepas. Jumlah import eksport kargo negara ini melebihi RMB40 trilion (RM25.92 trilion), manakala pelaburannya di seberang laut serta pelaburan asing yang tertariknya menduduki tangga teratas dalam ranking dunia. Selain itu, China juga membuahkan hasilan yang melimpah dalam usaha membanteras kemiskinan, merancakkan inovasi teknologi dan membaikpulih ekologi alam sekitar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan