99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Bantu Ukraine Jamin Keselamatan Fasiliti Nuklear

(CRI)Khamis 09 Mac 2023

China sentiasa mengutamakan isu keselamatan nuklear dan giat menyertai kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.

Dalam satu sidang media pada Rabu, Mao mengesahkan China akan menyumbang sebanyak 200,000 euro (RM954 ribu) menerusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk membantu Ukraine mengukuhkan keselamatan kemudahan nuklear.

Mao berkata China akan terus bersinergi dengan masyarakat antarabangsa ke arah membina sistem keselamatan nuklear antarabangsa yang adil, kolaboratif dan saling menguntungkan.

“Kami juga akan terus mendorong dialog damai antara pihak terbabit, menyokong penyelesaian isu Ukraine melalui saluran politik, sekali gus menghapuskan risiko keselamatan nuklear dan memastikan keselamatan kemudahan nuklear di Ukraine terjamin,” kata beliau.

Terdahulu, Kementerian Luar China menyiarkan Kertas Konsep Inisiatif Keselamatan Global (GSI) yang mengenal pasti pemerkasaan kerjasama antarabangsa membabitkan keselamatan nuklear sebagai salah satu aspek paling diutamakan.

Dalam dokumen mengenai pendirian China berhubung penyelesaian krisis Ukraine berlandaskan politik, juga jelas dihuraikan bahawa China menentang serangan bersenjata menyasar kemudahan nuklear kegunaan awam dan menyokong peranan konstruktif IAEA dalam mengukuhkan keselamatan fasiliti berkenaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan