- Lain-lain
Malaysia Nantikan Serta CAEXPO secara Fizikal
Majlis Jerayawara Promosi Ekspo China-ASEAN ke-20 (Malaysia) diadakan di Kuala Lumpur.(Foto/Sekretariat CAEXPO) |
Pada 17 Mac, Majlis Jerayawara Promosi Ekspo China-ASEAN ke-20 (Malaysia) diadakan di Kuala Lumpur, dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Liew Chin Tong, Kaunselor Ekonomi dan Komersial Kedutaan China, Zhang Peidong, Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Wei Zhaohui dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Sharimahton Mat Saleh.
Liew Chin Tong berkata ketika memberikan ucapan pada majlis itu, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) merupakan platform sangat baik untuk Malaysia mempromosikan barangan keluaran tempatan dan sumber pelancongan serta menarik pelaburan. Tahun ini ulang tahun ke-20 CAEXPO. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia sebagai penganjur bersama bakal memberi sokongan dari pelbagai aspek dalam persediaannya, kata beliau.
Sharimahton Mat Saleh pula menyatakan pihaknya bakal mengundang kira-kira 150 persatuan atau perusahaan menyertai CAEXPO tahun ini serta melancarkan aktiviti padanan perniagaan dan program promosi.
Wakil-wakil dari hampir 200 perusahaan Malaysia menyertai majlis jerayawara yang mempromosikan status persediaan CAEXPO, syarat penyertaan dan syarat sijil tempat asal.
CAEXPO ke-20 bakal diadakan di Nanning, Guangxi pada September tahun ini.