- Lain-lain
Belajar Mandarin Trend di Laos, Berkat Rel China-Laos
Tren memasuki Terowong Youyi di sempadan China-Laos. (Foto/Xinhua) |
Dengan adanya Landasan Kereta Api China-Laos yang terus memberi manfaat kepada kerjasama perdagangan dan pertukaran sesama rakyat, semakin ramai warga Laos memilih untuk belajar bahasa Mandarin.
Pada 18 hingga 20 Mac, rombongan pegawai kerajaan provinsi Khammouan, Laos membuat lawatan ke bandar Chongzuo, Guangxi. Bersama-sama 15 orang pelajar, mereka akan mengikuti pengajian bahasa Mandarin serta ekonomi dan perdagangan antarabangsa di Guangxi Normal University for Nationalities.
Universiti ini yang terletak di bandar Chongzuo sudah bertahun-tahun mengambil pelajar dari negara-negara ASEAN seperti Laos, Vietnam, Thailand dan Kemboja. Antaranya 20 orang graduan warga Laos kini berkhidmat dalam pengendalian Landasan Kereta Api China-Laos.
Wang An’na, pelajar jurusan ekonomi dan perdagangan antarabangsa tahun 2019, meskipun menjalankan pembelajaran secara dalam talian selama tiga tahun, giat melatih penguasaan bahasa Mandarin dengan filem China, muzik China serta kawannya dari China di Laos. Adalah menjadi harapannya supaya berkhidmat untuk Landasan Kereta Api China-Laos.
Tambahnya, sejak pembukaan landasan itu, hubungan perdagangan antara kedua-dua negara semakin erat. Permintaan untuk penterjemah yang fasih bahasa Mandarin juga semakin meningkat di Laos.
Ai Liya, pelajar warga Laos juga, yang belum fasih bertutur bahasa Mandarin, buat pertama kali datang ke Guangxi. Tujuannya adalah menguasai bahasa Mandarin di samping menuntut ilmu tentang ekonomi dan perdagangan antarabangsa agar dapat menceburi perdagangan China-Laos pada masa kelak.
Difahamkan bahawa, Guangxi kini salah satu tempat di China yang mengambil paling ramai pelajar dari negara-negara ASEAN.
- Ticket App Kereta Api China-Laos Mula Beroperasi
- Laos Nanti Kebanjiran Pelancong China
- Laluan Kereta Api China-Laos-Thailand Beroperasi
- Pengangkutan Kargo Kereta Api China-Laos Meningkat 3.5 Kali Ganda Bulan Pertama
- Kereta Api China-Laos Hantar lebih 10 Juta Penumpang
- Aliran Penumpang Kereta Api China-Laos Cipta Rekod
- Jumlah Pengangkutan Kargo Laluan Kereta Api China-Laos Tingkat 4 Kali Ganda
- Pintu Sempadan Mohan China-Laos Beroperasi Semula
- Aliran Penumpang Kereta Api China-Laos Catat Lebih 9 Juta
- Rel Antarabangsa Terpendek Asia Tenggara-Eropah Melalui Sichuan Dibuka