- Lain-lain
China Bantah Keras Hubungan Rasmi AS dengan Taiwan
China membantah keras apa jua bentuk hubungan rasmi antara Amerika Syarikat (AS) dengan Taiwan, membantah pemimpin pihak berkuasa Taiwan melawat AS dengan apa jua alasan dan sebab, dan membantah tindakan AS yang membelakangi prinsip satu China dan mengadakan kontak dengan pihak berkuasa Taiwan dengan apa jua cara.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang 'lawatan transit' pemimpin pihak berkuasa Taiwan, Tsai Ing-wen di AS.
Mao turut membidas kenyataan pegawai AS yang menyebut respons China sebagai "berlebihan" dalam hal tersebut.
Menurut Mao Ning, bukanlah China bereaksi berlebihan. AS sentiasa bersubahat dan menyokong kumpulan pemisahan "kemerdekaan Taiwan", menimbulkan masalah dan konfrontasi.
China akan terus memberikan perhatian tinggi terhadap perkembangan situasi, bertindak tegas dalam membela kedaulatan dan keutuhan wilayah.
- Li: Menentang Kuasa 'Kemerdekaan Taiwan', Dorong Penyatuan Semula Tanah Air
- Latihan Ketenteraan PLA Tindakan Balas terhadap Provokasi Kuasa Luaran dan ‘Kemerdekaan Taiwan’
- Latihan Tentera PLA di Sekitar Pulau Taiwan
- Isu Taiwan, Sebahagian Urusan Dalaman Rakyat China
- Xi: Isu Taiwan, Urusan Rakyat China Sendiri
- Penyatuan Semula Secara Damai Makin Disokong
- Isu Taiwan Hal Ehwal Dalaman China
- Isu Taiwan Sama Sekali Berbeza dengan Isu Ukraine