- Lain-lain
Utusan Khas China Temu Diplomat Negara Arab
Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Asia Barat, Zhai Jun menggesa pihak-pihak terlibat supaya menghormati dan memelihara status quo tapak suci di Baitulmuqaddis sejajar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada Jumaat, Zhai bertemu diplomat negara-negara Arab di Beijing untuk bertukar-tukar pendapat mengenai konflik yang semakin meruncing antara Israel dengan Palestin dan Lubnan.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning memetik kenyataan Zhai sebagai berkata 'penyelesaian dua negara' dan penubuhan negara Palestin yang merdeka adalah jalan keluar asas bagi konflik berkenaan.
“Masyarakat antarabangsa harus memahami sepenuhnya tuntutan sah pihak Palestin dan mengambil langkah praktikal untuk menepati janji yang dibuat kepada rakyat Palestin.”
"Sementara kuasa besar yang berpengaruh perlu memikul tanggungjawab, mengambil pendirian adil dan memainkan peranan sewajar ke arah memulihkan rundingan damai berkenaan,” kata jurucakap itu.
- Pemulihan Hubungan Diplomatik Arab Saudi-Iran Dialu-alukan
- Laksanakan Hasil Sidang Kemuncak China-Arab demi Pembangunan Bersama
- Menteri Luar China Bakal Lawat Afrika dan Arab
- Kerjasama China-GCC Lebih Dinamik
- Hubungan UAE, Arab Saudi Kukuh dan Mampan
- Lawatan Xi Berhasil dan Signifikan: Wang Yi
- Semarakkan Semangat Muhibah, Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab
- Lawatan Xi Bawa Hubungan China-Arab ke Masa Depan Lebih Indah
- China, Arab Kongsi Visi Pembangunan
- Kerjasama BRI China-Arab Terus Berputik