- Lain-lain
OSCE Diseru Berperanan Membina Pelihara Keamanan Eropah
China menyeru Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) agar berperanan positif dan membina dalam memelihara keamanan dan kestabilan di Eropah, demi merealisasikan keselamatan kerjasama, keselamatan bersama dan keselamatan mampan di Eropah.
Seruan itu dibuat Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap di hadapan sesi Majlis Keselamatan PBB berhubung taklimat kerja pengerusi bergilir OSCE.
Beliau meminta OSCE agar memanfaatkan mekanisme sedia ada, mempergiat usaha untuk menggalakkan rundingan damai dan pengantaraan, mengambil kira kepentingan dan kebimbangan pelbagai pihak secara seimbang, dan menggalakkan negara anggotanya meninggalkan mentaliti Perang Dingin dan politik ekstrem.
“Anggota OSCE harus membina kesalingpercayaan dan menyelesaikan pertikaian melalui rundingan dan dialog damai.”
“Usaha untuk mencapai keselamatan adalah melalui kerjasama, dan bukan konfrontasi,” ujar Geng.
Antara lain yang disentuh beliau adalah mengenai isu Ukraine dan turut mengulangi pendirian China berhubung isu tersebut.
“China berpendirian bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara harus dilindungi, prinsip Piagam PBB harus dihormati, manakala kebimbangan keselamatan yang sah semua pihak harus diberikan keutamaan, dan segala usaha untuk menyelesaikan masalah secara aman harus disokong,” kata Geng.
Beliau juga menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa harus menggalakkan rundingan damai, dan membantu semua pihak yang terlibat dalam konflik berlapang dada agar penyelesaian krisis melalui politik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
“China menggalakkan OSCE untuk menggunakan kelebihannya dan mewujudkan persekitaran dan suasana yang diperlukan untuk menyokong penyambungan semula rundingan antara Rusia dan Ukraine,” tambah Geng lagi.
- Antonio Guterres Terdedah dalam Penyadapan Washington
- AS Penghalang Terbesar Konflik Rusia-Ukraine: Khamenei
- Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Damai
- Xi, Putin Mahu Selesaikan Krisis Ukraine Melalui Rundingan Damai
- AS yang Bekalkan Senjata ke Medan Ukraine
- Qin Gang Bincang dengan Menteri Luar Ukraine
- China Bantu Ukraine Jamin Keselamatan Fasiliti Nuklear
- Rakyat Austria Bantah Penghantaran Senjata NATO ke Ukraine
- Ribuan Rakyat Itali Desak NATO Hentikan Bekalan Senjata ke Ukraine
- Guterres Gesa Selesai Isu Ukraine Menerusi Saluran Diplomatik