- Lain-lain
HSR Jakarta-Bandung Jalani Ujian Bersepadu
Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) memaklumkan bahawa ujian bersepadu di landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung telah dimulakan pada Isnin.
Dengan ujian tersebut, ia menandakan bahawa pembinaan HSR tersebut mencapai kemajuan besar, sekali gus menyediakan asas kukuh bagi keseluruhan pengoperasiannya pada masa depan.
Menurut wakil CRI, ujian bersepadu bertujuan untuk memastikan pengoperasian tren beroperasi dengan selamat dan stabil, selain merupakan ujian ketat dan pengubahsuaian kelengkapan sebelum HSR itu beroperasi secara rasmi.
"Ujian secara telilti akan dijalankan terhadap fungsi landasan, pembekalan tenaga, katenari, telekomunikasi, isyarat, dan amaran awal supaya memenuhi pelbagai keperluan yang sudah direka bentuk serta operasi," ujarnya.
Untuk rekod, sejak dimulakan pada 9 Jun 2018, pembinaan HSR Jakarta-Bandung dijalankan secara teratur dan lancar dengan galakan pemimpin tertinggi China-Indonesia dan usaha gigih pengendali kedua-dua negara.
HSR Jakarta-Bandung merupakan projek ikonik dalam pembinaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dan kerjasama China dengan Indonesia.
Ia menghubungkan ibu kota Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu dengan panjangnya 142 kilometer dan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.
Selepas projek itu siap, perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan dipendekkan ke 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini, serta akan membaiki pengangkutan tempatan.
Projek tersebut bukan sahaja akan memacu pembangunan sosioekonomi di sepanjang landasan itu, tetapi juga amat penting bagi meningkatkan kerjasama pragmatik China-Indonesia, memperkasakan pembangunan bermutu tinggi BRI serta pelaksanaan strategi “titik tumpu maritim global” yang dikemukakan oleh Indonesia.
- Ujian Penghantaran Kuasa HSR Jakarta-Bandung Berjaya
- Temu Bual dengan Kumpulan Pertama Kakitangan Operasi dan Latihan Penyelenggaraan HSR Jakarta-Bandung: "Masa Depan Bermula Di Sini"
- Menteri Pengangkutan Indonesia Sanjung Tinggi HSR Jakarta-Bandung
- Masyarakat Tempatan Sambut Baik Kejayaan Ujian HSR Jakarta-Bandung
- Ujian Operasi HSR Jakarta-Bandung Berjaya
- Kerjasama Dagangan, Pelaburan China-Indonesia Bawa Limpahan Manfaat
- HSR Jakarta-Bandung Siap untuk Ujian Bersepadu
- HSR Jakarta-Bandung Ayunkan Langkah Signifikan untuk Operasi
- Pemasangan Galang Kotak HSR Jakarta-Bandung Siap