- Lain-lain
Guangxi, Vietnam Tandatangani Perjanjian Pemindahan Elektrik
Wilayah Guangxi China dan Vietnam secara rasminya menandatangani perjanjian jual beli tenaga elektrik 110 kilovolt dari Shengou, Guangxi ke Mong Cai, Vietnam pada Selasa.
Projek tersebut yang merupakan penyambungan semula pembekalan elektrik selepas digantung selama tujuh tuhun, dipercayai akan mengurangkan tekanan pembekalan elektrik di bahagian utara Vietnam ekoran cuaca kemarau mutakhir ini.
Menurut perjanjian itu, pembekalan tenaga yang meliputi kawasan Mong Cai, dengan sejumlah 30 juta kilowatt-jam sebulan, akan dimulakan bulan ini.
Difahamkan, hampir 68 juta kilowatt-jam akan dihantar pada fasa pertama, menyediakan bekalan elektrik yang hijau dan mampan bagi pembangunan sosioekonomi di utara Vietnam.
Sebagai negara jiran dan bersahabat, kerjasama elektrik antara China dan Vietnam kini menjadi komponen penting dalam kerjasama elektrik sub rantau Sungai Mekong.
Pada masa sama, wilayah Guangxi juga akan menyelaraskan rancangan mengenai penghantaran elektrik ke ASEAN, menggalakkan rangkaian elektrik China-Vietnam dengan voltan yang lebih tinggi untuk meningkatkan tahap jaminan pembekalan elektrik.
- Xi Temu Pegawai Kanan CPV
- Rondaan Bersama China-Vietnam Pertama di Teluk Beibu pada 2023
- Pengeksport Makanan Laut Vietnam Dapat Manfaat melalui Dagangan dengan China
- Xi Utus Kawat Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam
- Pemimpin China, Vietnam Saling Ucap Selamat TBC
- Pertemuan PM China-Vietnam
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC
- Lonjak Hubungan China, Vietnam ke Tahap Baharu
- PM Li Temu Ketua Parti Komunis Vietnam