- Lain-lain
Negara Maju Jika Pendidikan Maju, Negara Kuat Jika Pendidikan Mantap - Xi
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menekankan perlunya usaha dipercepat untuk membangunkan China sebagai negara gergasi pendidikan, semasa sesi kajian kolektif politburo pada Isnin.
"Negara akan maju jika pendidikan maju, negara akan kuat jika pendidikan mantap," jawab beliau terhadap soalan berhubung visi negara gergasi pendidikan.
Dalam pentadbirannya, Xi melihat pembinaan negara gergasi pendidikan sebagai strategi utama untuk membangunkan negara sosialis moden yang kuat secara menyeluruh.
Menurut beliau, strategi itu adalah tunjang dalam usaha mencapai kemandirian serta pengukuhan diri dalam sains dan teknologi pada peringkat yang lebih tinggi.
Ia juga menjadi pendekatan efektif untuk menggalakkan kemakmuran bersama seluruh masyarakat, dan projek asas dalam memacu kebangkitan bangsa secara menyeluruh menerusi modenisasi ala China.
Konsep pembangunan yang berpaksikan rakyat sentiasa menjadi pedoman kerajaan China dalam segala aspek kerjanya.
Bagi Xi, beliau mahu melihat usaha dilipatganda untuk memantapkan pendidikan berkualiti tinggi yang memuaskan hati semua rakyat, di samping memastikan kesamarataan akses pendidikan.
Dalam pada itu, langkah-langkah spesifik akan diambil untuk membina sistem pendidikan yang berkualiti tinggi membabitkan pendidikan asas, pendidikan pengajian tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat.
Xi berkata bahawa China akan memanfaatkan sepenuhnya sumber pendidikan bertaraf dunia serta elemen inovatif sehingga memartabatkan China sebagai hab pendidikan utama global.
Selain terus terlibat aktif dalam tadbir urus pendidikan global, China akan berusaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.
China juga komited menggalakkan kolaborasi antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi, sekali gus menyumbang kepada kemajuan peradaban manusia melalui inovasi sains dan pencapaian teknologi teras.
- Faktor Pelaksanaan Kempen Pendidikan Bertema PKC
- Sarjana China dan Asing Bincang Pembangunan Pendidikan Tibet
- Gerabak Kereta Api Jadi Tempat Belajar
- Infrastruktur Pendidikan Pintar di China Baik: Buku Biru
- Beijing Anjur Persidangan Pendidikan Digital Dunia
- Simpanan Sumber Pendidikan Terbesar Sedunia Terbentuk di China
- Kursus Latihan Untuk Kaum Wanita di Kampung Wuying
- Guru Berdedikasi Didik Anak Perempuan
- Guru Ubah Kehidupan Penduduk Kawasan Pergunungan
- Tahniah Peng Liyuan untuk Majlis Penyampaian Hadiah UNESCO 2022