- Lain-lain
Dron Bantu Penuaian Gandum Waktu Malam
Pada malam 30 Mei, sebuah jentera penuai sibuk menuai gandum di ladang yang terletak di kampung Yaolou, provinsi Henan. Dron bergerak di udara dengan sebuah lampu digantungkan padanya agar memastikan cahaya yang cukup luas, hinggalah kelihatan seperti siang. Kaedah ini membantu penuaian gandum pada masa malam.
Penggunaan dron adalah idea kakitangan State Grid Corporation of China, susulan hujan beberapa hari berturut-turut yang menjejaskan penuaian gandum. Petani tempatan berlumba dengan masa untuk menuai gandum pada sebelah malam. Untuk menangani kekurangan cahaya, syarikat pembekal kuasa elektrik setempat telah mengemukakan resolusi dengan menggunakan dron.
Setakat ini, syarikat pembekal kuasa elektrik di Zhumadian, Henan telah menubuhkan lebih 20 skuad dron pencahayaan yang dilengkapi 100 dron yang bersedia membantu penuaian malam pada bila-bila masa.
- Kaunselor Filipina Teruja Turun Padang Tinjau Pertanian China
- Xinjiang Pacu Pembangunan Berkualiti Industri Kapas
- Teknologi Tanpa Manusia Permudah Penanaman Jagung di Xinjiang
- Xinjiang: Lebih 50 Peratus Pemindahan Anak Pokok Tomato Diselesaikan
- Hidup Lebih Mudah apabila Petani Guna Teknologi
- Pakar Pertanian Cadang CPPCC Beri Lebih Sumbangan Modenisasi
- China Gariskan Landskap Pembangunan Pertanian yang Holistik
- Salam Xi kepada kaum Tani, Pergiatkan Pembangunan Desa