- Lain-lain
PM China Seru Tangani Masalah Dihadapi Negara Membangun
Dalam menghadapi jurang perbezaan pembiayaan dalam pembangunan global, Perdana Menteri China Li Qiang menyeru masyarakat antarabangsa agar meningkatkan kerjasama dan bersama-sama menangani masalah yang dihadapi oleh negara membangun, khususnya negara-negara yang lemah.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Sidang Kemuncak bagi Perjanjian Kewangan Global Baharu yang diadakan di Paris pada 23 Jun.
"China amat mementingkan isu pembangunan dan tadbir urus global. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI), dan mendapat sambutan meluas daripada masyarakat antarabangsa." ujar Li.
Beliau mengesyorkan supaya menggalakkan pembaharuan tadbir urus kewangan global, dan membina iklim pembiayaan yang stabil kepada negara-negara membangun.
Pada masa sama, menurut Li, masyarakat antarabangsa harus membina hubungan rakan pembangunan global agar memberikan lebih banyak sumber kepada negara-negara membangun.
Selain itu, masyarakat antarabangsa diseru meningkatkan kolaborasi untuk mendorong globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas, agar menyuntik momentum pertumbuhan baharu kepada negara-negara membangun.
Dipengerusikan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Sidang Kemuncak bagi Perjanjian Kewangan Global Baharu turut dihadiri lebih 60 pemimpin negara, ketua kerajaan dan ketua pertubuhan antarabangsa.
- AIIB: Junjung Tinggi Multilateralisme, Galakkan Kemakmuran dan Pembangunan Global
- China Komited Pacu Pembangunan Bersama China dan Dunia
- Qin Gang: G20 Digesa Memikul Tanggungjawab Menyumbang kepada Pembangunan dan Kemakmuran Dunia
- Pembangunan Diutamakan dalam Pembinaan Keamanan
- G20 Perlu Galas Tanggungjawab, Perjuangkan Pembangunan Global: Xi