- Lain-lain
Pemuda HK Zahir Sokongan kepada Undang-Undang Keselamatan Negara
Wakil golongan belia dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Yung See Wan ketika berucap pada sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Jumaat lalu, telah menjelaskan situasi pembangunan masyarakat tempatan Hong Kong, setelah Undang-Undang Keselamatan Negara di Hong Kong dikuatkuasakan. Beliau menyatakan golongan belia Hong Kong dengan teguh menyokong dasar "satu negara, dua sistem".
Menurut Yung, dasar "satu negara dua sistem" adalah jaminan bagi Hong Kong untuk berkongsi sumber dan pasaran gergasi di tanah air, dan ia juga membolehkan Hong Kong mengekalkan sistem sosioekonomi sendiri serta hak autonomi bertaraf tinggi.
"Setelah Undang-Undang Keselamatan Negara di Hong Kong dikuatkuasakan, masyarakat Hong Kong pulih tenteram dan ini meletakkan asas kukuh bagi pembangunan Hong Kong pada masa akan datang.
"Dakwaan yang menyebut hak yang sah penduduk Hong Kong terjejas kerana undang-undang itu adalah sama sekali fitnah." kata Yung.
Pemuda itu menyatakan bahawa kebanyakan negara Barat ada undang-undang mengenai keselamatan negara dan inilah syarat mustahak bagi melindungi rakyat, menjamin pertumbuhan ekonomi yang sihat ,serta kemakmuran bersama.
Yung berkata, dengan pelaksanaan Undang-Undang Asas Hong Kong dan Ordinan Rang Hak Asasi Manusia Hong Kong, hak-hak penduduk adalah terjamin dengan sepenuhnya.
Beliau turut menzahirkan harap agar masyarakat antarabangsa dapat terus menghormati dan menyokong pandangan golongan belia dari bandar metropolitan antarabangsa itu.
- Itik Getah Gergasi Datang Lagi ke HK lepas 10 Tahun
- Urusan HK Tolak Sebarang Campur Tangan
- HKDL: Bersedia untuk Mengalu-alukan Pelancong
- Xi Terima Pelaporan Kerja Ketua Eksekutif HKSAR
- China Sambut Baik Keputusan Adil WTO
- Henti Memfitnah Hong Kong, Jangan Semakin Salah
- Hong Kong Adakan Pemilihan Tambahan LegCo
- Jambatan Rentas Teluk Tseung Kwan O HK Dibuka
- Hong Kong Perkukuh Kedudukan Pusat Kewangan Antarabangsa
- Lima Pameran Teknologi Musim Luruh HKTDC Dirasmikan di Hong Kong