- Lain-lain
Pemandangan Permai Yadan pada Awal Pagi
Foto udara ini menunjukkan pemandangan bentuk muka bumi Yadan di Taman Geologi Yadan Wusute di provinsi Qinghai. (foto: Zou Xiaoqing/Chinanews.cn) |
Pada 24 Jun, selepas hujan awal pagi membasahi bumi di Taman Geologi Yadan Wusute di provinsi Qinghai, awan putih menyelimuti langit, matahari terbit perlahan-lahan dan menyalut taman dengan kilauan keemasan.
Taman Geologi Yadan Wusute terletak di barat laut Lembangan Qaidam di provinsi Qinghai. Pergerakan geologi yang berlaku di sini sepanjang berpuluh-puluh ribuan tahun, telah membentuk muka bumi Yadan yang terbesar di dunia dengan luasnya 21 ribu kilometer persegi. Bentuk muka bumi ini terutamanya dilihat di kawasan Nanbaxian dan kawasan Erboling. Taman Geologi Yadan Wusute merangkumi kawasan Nanbaxian. Busut di kawasan itu biasanya setinggi 10 hingga 25 meter dan yang tertinggi boleh mencapai 50 meter. Muka bumi Yadan di taman tersebut bermacam gaya dan bentuk malah bertaburan dalam air, juga merupakan landskap Yadan dalam air yang paling awal ditemui di dunia.
- Ekspo Ekologi Antarabangsa China (Qinghai) ke-3 Bermula
- 154 Atlet Sertai Perlumbaan Basikal Keliling Tasik Qinghai
- Lumba Basikal Keliling Tasik "Zamrud Gobi"
- Yushu, Qinghai, Tempat yang Didambakan Jurugambar Hidupan Liar
- Seni Arca Mentega Serikan Chap Goh Meh di Qinghai
- Tinggi, Tergantung, Kagum: Seni Budaya Qianhuying Gaotai
- Ambal Tibet, Seni Kraf Warisan Ribuan Tahun di Qinghai
- Lampu Deret Huangyuan Menyuluh Haluan Budaya