- Lain-lain
China Lancar Platform Akuakultur "Ningde 1"
“Ninge 1” dilancarkan dengan jayanya. (foto ihsan Biro Maritim Ningde, diterbitkan oleh Chinanews.cn) |
Pada 27 Jun, China telah melancarkan platform akuakultur separa tenggelam “Ningde 1” dengan bantuan kapal Haixun 0809 dan dua kapal tunda. “Ninde 1” yang merupakan prasarana seumpama yang terbesar di China, dijangka tiba di lokasi yang dipilih sebagai tapak operasi iaitu perairan Xiapu di provinsi Fujian pada awal pagi keesokan harinya.
Difahamkan, “Ningde 1” merupakan platform akuakultur laut dalam separa tenggelam dan berangka lengkap yang pertama di China, menurut klasifikasi China Classification Society (CCS). Strukturnya berukuran 120 meter panjang, 56 meter lebar, 12.5 meter tinggi, dengan kapasiti akuakultur 65,000 meter padu. Dengan pelancarannya, jumlah output tahunan penternakan laut dalam dan luar pesisir bagi spesies ikan marin Larimichthys crocea boleh melebihi 100 juta yuan (anggaran 65 juta ringgit) pada masa akan datang. Ini sekaligus akan merangsang pembangunan berkualiti industri akuakultur laut dalam dan luar pesisir di Fujian.