- Lain-lain
AS Didesak Henti Calar Imej Tentera China
Amerika Syarikat (AS) digesa berhenti mencalar imej Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, menaati prinsip Satu China dan Tiga Pengumuman Bersama China-AS, dan bertindak memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media semalam, susulan dakwaan Pengerusi Ketua Turus Bersama (JSC) Tentera AS, Mark Milley baru-baru ini yang berbunyi bahawa China akan menghegemoni di benua Asia pada sedekad akan datang dan merancang menyatukan Taiwan menjelang tahun 2027 bersandarkan kekuatan tenteranya.
"Washington berdegil menggembar-gemburkan 'ancaman tentera China' sebenarnya merupakan alasannya untuk menambah kelengkapan senjata, memelihara amalan hegemoni dalam bidang ketenteraan, dan menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau, serta meruncingkan situasi tegang di Selat Taiwan."
"Bagaimanapun, China sejak sekian lama melaksanakan dasar pertahanan negara yang bersifat defensif, dan tidak berganjak dari menempuh jalan pembangunan secara damai. Peningkatan kekuatan PLA sama dengan bertambahnya kuasa damai yang kondusif bagi memelihara kedamaian dan kestabilan Asia Pasifik bahkan dunia. Penyatuan semula tanah air adalah hasrat bersama milik semua anak China. Untuk itu, kami akan berusaha memperjuangkan matlamat itu dalam suasana damai, dan juga berusaha memadamkan plot yang dimainkan oleh pihak dan kuasa mana-mana pun untuk memisahkan Taiwan dari tanah air," kata Wang.
- Tempa ‘Tembok Besar Keluli’, Pertahan Sempadan Negara: Xi
- Kapal Tentera Laut China Sertai LIMA 2023
- Xi Harap Kru Kapal Selam Jadi Angkatan Elit
- Xi Tinjau Tentera Laut Markas Teater Selatan PLA
- PLA Adakan Rondaan, Latihan di Sekitar Pulau Taiwan
- Xi Tandatangan Perintah, Kuatkuasakan Peraturan Kehormatan Anggota Tentera
- Armada Pengiring China Kumpulan ke-43 Bertolak ke Teluk Aden
- Latihan Ketenteraan Bersama PLA di Kawasan Sekitar Taiwan
- Semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Signifikan bagi Pembinaan Tentera: Xi