- Lain-lain
Sama Menang, Iran Bakal Anggotai SCO
Iran akan segera menganggotai Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) secara rasmi, komprehensif dan lengkap. Inilah satu pencapaian yang sama menang dan saling menguntungkan bagi baik Iran mahupun semua anggota SCO.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani dalam sidang media pada Isnin, waktu tempatan.
Tegas beliau, keanggotaan Iran dalam pertubuhan terbabit disifatkan sebagai kemajuan signifikan bagi memperhebat pembangunan serantau, dan memberikan pengaruh positif kepada ekonomi dan perdagangan antara negara anggota, kerana ia selaras dengan kepentingan semua anggota.
Untuk rekod, memorandum persefahaman tentang keanggotan Iran telah ditandatangani pada Sidang Ke-22 Majlis Pemimpin Anggota SCO yang diadakan di Samarkand, Uzbekistan pada September tahun 2022. Dua bulan kemudian, draf keanggotaan berkenaan diluluskan dengan majoriti undi dalam parlimen Iran, dan diratifikasi Jawatankuasa Kawalselia Perlembagaan Iran pada 28 Januari tahun 2023.
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak SCO
- China Mahu SCO Lebih Rapat
- Qi Gang Bakal Melawat Myanmar dan Hadiri Sidang Menteri Luar SCO di India
- Presiden Iran Tandatangani Perintah untuk Anggotai SCO
- PM China Pengerusikan Mesyuarat ke-21 Majlis Ketua Kerajaan Anggota SCO
- Mesyuarat ke-21 Majlis Ketua Kerajaan Anggota SCO Berlangsung Hari Ini
- SCO Suntik Tenaga Positif kepada Kedamaian dan Kemakmuran Dunia
- Lawatan Singkat Presiden Xi Amat Berhasil
- China, Iran Sasar Kerjasama Lebih Kukuh
- Xi Tiba di Uzbekistan, Hadir Sidang Kemuncak SCO