- Lain-lain
Forum Industri Baharu China-ASEAN Syorkan Pembinaan Sistem Ekologi Inovasi Serantau
Satu inisiatif kerjasama industri baharu yang turut dikenali sebagai Inisiatif Shenzhen telah dilancarkan semasa berlangsungnya Forum Industri Baharu China-ASEAN di sini, pada Selasa.
Ia berobjektif untuk memperkukuh pembinaan sistem ekologi inovasi serantau oleh China dan ASEAN, membina hubungan rakan kongsi rantaian bekalan dan rantaian perindustrian yang lebih saksama, inklusif dan konstruktif, di samping meneroka kerjasama dalam industri baharu seperti ekonomi digital.
Difahamkan, Inisiatif Shenzhen juga mengesyorkan pembentukan mekanisme dialog dan pertukaran di peringkat menteri dalam bidang industri antara China dan ASEAN.
Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong, dalam ucaptamanya menyatakan bahawa China bersedia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk membincangkan pembangunan industri baharu.
Beliau turut menekankan peri pentingnya untuk memanfaatkan sepenuhnya mekanisme Mesyuarat Menteri Digital China-ASEAN, serta mempercepat penubuhan mekanisme dialog dan pertukaran di peringkat menteri dalam bidang industri antara China dan ASEAN.
Jin berpendapat bahawa kedua-dua pihak juga perlu mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi dalam bidang utama, dengan fokus pada industri baharu seperti kenderaan tenaga baharu (NEV), ekonomi digital, tenaga elektronik, serta meneroka projek-projek besar yang mempunyai melibatkan teknologi tinggi, pelaburan besar, dan kekuatan pemacu industri.
Beliau juga menekankan tentang pentingnya meneroka model pembangunan bersama yang baharu, merealisasikan integrasi yang lebih mendalam bagi rantaian perindustrian, rantaian bekalan, dan rantaian nilai, selain membina model pembangunan industri baharu dengan ciri-ciri tersendiri China dan ASEAN.
Forum Industri Baharu China-ASEAN bertemakan "Keterbukaan, Keinklusifan, Kerjasama dan Perkongsian demi Kerjasama Praktikal dalam Industri Baharu" dianjurkan bersama oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, kerajaan Provinsi Guangdong, dan kerajaan bandar Shenzhen.
Ia disertai sekitar 300 wakil dari jabatan industri dan teknologi maklumat dari China dan negara-negara ASEAN, kedutaan dan konsulat negara luar di China, kumpulan pemikir, persatuan perdagangan, syarikat terkemuka dan organisasi antarabangsa yang berkaitan.
- Indonesia Kerjasama dengan Huawei, Tingkat Transformasi Digital dalam Pendidikan
- Tahniah Menteri Luar China kepada Setiausaha Agung ASEAN
- Laluan Penerbangan dari Nanning ke Negara ASEAN Pulih Cepat
- Industri Makanan Halal Rapatkan Pendalaman China dan ASEAN
- Asia Tenggara Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Rundingan Pusingan Pertama CAFTA Versi 3.0 Dimulakan
- China, Thailand Perluas Kerjasama Dagang
- 120,000 TEU Kargo Diangkut Koridor Darat-Laut Baharu sejak Awal Tahun
- China, ASEAN Komited Kekalkan Keamanan dan Kestabilan LCS
- Seminar CMG Fokuskan Pembangunan Bersama China-Asia Tenggara
- Kapal Tentear Laut Qi Jiguang Kembali ke Dalian
- Projek Pendidikan Jarak Jauh Bantuan China Dimulakan di Laos
- Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula
- AMRO Jangka Ekonomi China Bertumbuh 5.5 Peratus
- TransNusa Rasmi Pesawat ARJ21 Buatan China
- China dan ASEAN Diharap Pacu Perkembangan Pertanian Bersama
- Hubungan Erat ASEAN dan China Sesuai dengan Kepentingan Bersama
- Forum China-ASEAN mengenai Pertukaran Tamadun dan Kerjasama Dirasmikan di KL
- Forum Rakan Media ASEAN 2023 di Nanning
- Buahkan Hasil Melimpah dalam Kerjasama China-ASEAN