- Lain-lain
China Ikrar Beri Sumbangan kepada Kerjasama Pembangunan Global
China akan terus menyumbang lebih banyak sumber kepada kerjasama pembangunan global, dan bersinergi dengan masyarakat antarabangsa untuk memantapkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI).
Demikian kata Presiden China Xi Jinping menerusi surat tahniah sempena perasmian persidangan peringkat tinggi edisi pertama Forum Tindakan Global untuk Pembangunan Berkongsi, di sini, hari ini.
Menurutnya, China berikrar membuat sumbangan baharu untuk merealisasikan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut jadual, sambil menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Xi berkata pemulihan ekonomi sejagat kini agak perlahan, sementara agenda pembangunan global berdepan pelbagai cabaran.
GDI menyasarkan untuk membina konsensus kerjasama dan memacu pembangunan bersama dalam usaha mempercepat pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030.
"Saya gembira melihat hasil dicapai dalam kolaborasi di bawah rangka GDI pada fasa awalnya, yang membawa limpahan manfaat kepada banyak negara membangun," ujar beliau.
Xi turut menyifatkan pembangunan berkongsi sebagai wahana penting untuk membina dunia yang lebih baik.
"Selaku negara membangun terbesar, China komited mencipta peluang baharu kepada dunia menerusi pembangunan sendiri," tambah beliau.
Persidangan berkenaan dianjurkan oleh Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) dengan tema 'Inisiatif China, Tindakan Global'.
- Surat Tahniah Xi kepada Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2023
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- GCI, Satu Lagi Barang Awam Penting untuk Masyarakat Antarabangsa
- China Tekankan Konsep Pembangunan Berpusatkan Rakyat
- Kejayaan Tercapai dalam Lawatan Pengerusi UNGA ke China
- Menteri Luar China Gesa Hormati Kedaulatan, Integriti Wilayah Negara Timur Tengah
- China, Negara Asia Selatan Maju Bersama
- China Jadi Teladan dalam Dorong Pembangunan Sejagat
- Bantu Negara Lain untuk Membangun Bersama: Xi
- GDI Bermanfaat bagi Penambahbaikan Sistem Tadbir Urus Global