- Lain-lain
Loji Tiga Gaung Jana Lebih 1.6 Trilion kWj dalam 20 Tahun
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 Julai 2023
Empangan Tiga Gaung dan talian pembekalan luar tebing kanan dapat dilihat dalam foto dron yang diambil di bandar Yichang, provinsi Hubei pada 10 Julai. (foto: Zheng Jiayu/Xinhua) |
Pada 10 Julai 2023, genaplah dua dekad sejak unit generator pertama di Stesen Jana Kuasa Hidroelektrik Tiga Gaung mula beroperasi. Dalam tempoh 20 tahun ini, loji tersebut telah menjana lebih 1.6 trilion kilowatt jam tenaga elektrik bersih. Dilengkapi dengan 34 unit generator turbin air, fasiliti berkenaan mempunyai kapasiti terpasang mencecah 22.5 juta kilowatt, dengan output tahunan sebanyak 88.2 bilion kilowatt jam mengikut rekaannya.
Stesen Jana Kuasa Tiga Gaung merupakan tulang belakang bagi grid bekalan elektrik barat-timur serta sistem bekalan bersama utara-selatan di China. Siang dan malam, bekalan elektrik disalurkan ke pelbagai tempat termasuk bahagian timur dan tengah negara, dan juga Guangdong di selatan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang