- Lain-lain
Ekspo Makanan Premade Barat 2023 Buka Tirai di Chongqing
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 Julai 2023
Persidangan Pembangunan Industri Makanan Premade Barat ke-2, iaitu Ekspo Makanan Premade Barat 2023 membuka tirai. (foto: Zou Le/People.cn) |
Ekspo Makanan Premade Barat 2023 berlangsung dari 11 hingga 13 Julai, di daerah Liangping, bandar Chongqing, barat daya China. Lebih 130 pempamer dari Beijing, provinsi Guangdong, provinsi Fujian dan tempat-tempat lain berkumpul di Chongqing, mempamerkan hampir 1,000 jenis produk makanan yang meliputi pelbagai teknologi seperti pembungkusan, reka bentuk, teknik pemprosesan, e-dagang dan bahan mentah yang digunakan. Dalam pada itu, Laporan Pembangunan Industri Makanan Premade juga dikeluarkan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Chongqing telah mengetengahkan diri sebagai "ibu Kota Makanan Premade di Barat China", dengan memanfaatkan asas industri pemprosesan makanan yang lengkap bagi memacu perkembangannya.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang