- Lain-lain
Loji Rawatan Air Kumbahan Terbesar di Asia Selatan Disiapkan
Majlis penyelesaian projek loji rawatan air kumbahan Dasher Gandhi diadakan di Dhaka, ibu negara Bangladesh pagi Khamis.
Loji rawatan air kumbahan Dasher Gandhi yang dibina oleh syarikat China sudah mula digunakan pada April tahun lalu, dan ia merupakan loji rawatan air kumbahan yang terbesar di rantau Asia Selatan.
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina ketika berucap pada majlis tersebut menyatakan, pelan induk rawatan air kumbahan Bangladesh bermula dari projek loji Dasher Gandhi, dan ia sekali gus memainkan peranan yang amat signifikan bagi membaiki alam sekitar dan mutu air di beberapa sungai di negara itu.
Selain itu, pegawai dan wakil tempatan yang hadir pada majlis itu turut memberikan penilaian tinggi terhadap usaha China yang giat melaksanakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), membantu Bangladesh membaiki ekologi alam sekitar dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negara itu.
- Loji Tiga Gaung Jana Lebih 1.6 Trilion kWj dalam 20 Tahun
- Loji "Hibrid Air-Suria" Mula Operasi di Sichuan
- Projek Transmisi Pencawang Elektrik 750 Kilovolt Dibina di Xinjiang
- NCPP Bantu Wujudkan Kesejahteraan Rakyat Sri Lanka
- Unit Generator No.3 Loji Janakuasa Nuklear Fangchenggang Beroperasi
- Loji Janakuasa Hidroelektrik Baihetan Siap Dibina dan Beroperasi