- Lain-lain
Elemen Gaya dan Budaya China Bakal Warnai Perasmian Universiade ke-31
Acara perasmian Sukan Universiti Dunia Musim Panas (Universiade) yang ke-31 akan diadakan di Stadium Utama Taman Sukan Tasik Dong'an di Chengdu pada 28 Julai.
Pengarah seni utama acara perasmian temasya itu, Chen Weiya memberitahu bahawa banyak unsur yang memperlihatkan ciri khas China, suasana kontemporari dan kegilangan belia akan digabungkan pada acara perasmian tersebut.
"Dari saat bendera dibawa masuk ke stadium sehingga upacara pembakaran obor utama, setiap saat akan menjadi detik berharga untuk ditonton!" ujar beliau.
Difahamkan, acara pembukaan temasya tersebut akan diadakan dengan tema "Kejar Impian Muda", dengan 99 peratus pelakon dan sukarelawan semasa acara pembukaan terdiri daripada mahasiswa.
Unsur-unsur China dan ciri khas budaya tempatan Chengdu juga akan diketengahkan dalam acara perasmian temasya sukan itu.
Salah satu idea kreatif yang istimewa adalah penggunaan sutera Sichuan untuk menggambarkan 'Masa Depan yang Gemilang'.
Untuk rekod, sutera Sichuan adalah seni tradisional China yang menggambarkan corak menggunakan benang sutera pada sutera atau kain lain.
Manakala, Chengdu pula adalah asal usul kepada sutera Sichuan, dan 'Jalan Gemilang' yang akan ditonjolkan pada acara perasmian Universiade mencerminkan masa depan yang gemilang bagi para peserta, sekali gus menzahirkan harapan baik untuk masa depan generasi muda.
- Perkampungan Universiade Chengdu Dirasmikan
- Bas Tanpa Pemandu Bakal Beroperasi di Kampung Universiade, Chengdu
- Pelbagai Jenis Robot Bakal Berkhidmat untuk Universiade
- Pusat Sukan Tasik Dong’an Menjelang FISU 2021 Chengdu
- Universiade Lonjak Imej Chengdu Sebagai Bandar Sukan
- Larian Obor Universiade Musim Panas Dunia Diadakan di Chongqing
- Chengdu 2021 Siar Animasi “Mengejar Sinar Cahaya”
- Larian Obor Universiade Bermula di Beijing
- Obor Universiade Chengdu 'Terbang' ke Beijing
- Chengdu Bersiap siaga Jadi Tuan Rumah Universiade