99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Roket Long March-10 Capai Kemajuan Baharu Bagi Misi Pendaratan Bulan Bermanusia

(CRI)Isnin 24 Julai 2023

Enjin utama bagi roket pendaratan bulan bermanusia China, Long March-10, berjaya menyelesaikan satu lagi ujian pencucuhan pada Sabtu, menurut Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC).

Ia sekali gus mengesahkan keperluan enjin bagi misi penerbangan roket, serta memberikan sokongan kuat kepada kestabilan status teknikal enjin, penubuhan garis dasar teknologi produk, dan peningkatan kebolehpercayaan.

Difahamkan, bahan api bagi enjin untuk ujian kali ini menggunakan kerosin oksigen cecair yang termaju, iaitu versi ditambah baik daripada enjin kerosin oksigen cecair tujahan tinggi yang digunakan oleh kenderaan pelancar generasi baharu seperti Long March-5, dengan tujahan sehingga 130 tan.

Enjin yang sama juga akan digunakan roket Long March-10 dalam misi pendaratan Bulan bermanusia China.

Untuk rekod, banyak bahan, teknik, dan teknologi baharu telah digunakan semasa proses pembangunan enjin tersebut.

Para penyelidik saintifik turut mengatasi beberapa masalah teknikal utama seperti urutan menghidupkan dan mematikan enjin, perubahan tujahan berterusan berskala besar enjin, serta jangka hayat enjin yang panjang dan kebolehpercayaan yang tinggi, hingga meletakkan asas yang kukuh untuk langkah seterusnya dalam pembangunan enjin.

Berita Berkaitan