- Lain-lain
Perutusan Tahniah Xi untuk Hun Sen
Presiden China, Xi Jinping mengirim perutusan tahniah kepada Pengerusi Parti Rakyat Kemboja (CPP), Samdech Techo Hun Sen atas kemenangan parti itu dalam pilihan raya parlimen ke-7 pagi tadi.
Xi menyatakan, di bawah pimpinan yang tepat kerajaan Kemboja yang diketuai Perdana Menteri Hun Sen, landskap politik bertambah mantap di negara itu, ekonomi berkembang maju, hidup rakyat semakin diperbaiki dan kedudukan negaranya di pentas serantau dan dunia kian meningkat.
“China akan terus menyokong Kemboja menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri dan yakin CPP yang di bawah pimpinan Hun Sen akan terus memberi sumbangan yang baharu dan lebih besar dalam mewujudkan kemakmuran negara, kesejahteraan rakyat, serta kedamaian, kestabilan, perkembangan dan kemakmuran serantau,” kata Xi.
Xi juga menyatakan kesediaan yang berusaha bersama dengan Hun Sun untuk meningkatkan kepemimpinan terhadap hubungan bilateral dalam bidang poliltik, memperkasa kerjasama antara parti dan pelbagai bidang lain kedua-dua negara, berganding bahu membentuk komuniti berkongsi nasib era baharu ke arah yang berkualiti tinggi, bertaraf tinggi dan berspesifikasi tinggi demi kesejahteraan negara dan rakyat kedua-dua pihak.
Perutusan serupa juga dikirimkan Perdana Menteri China, Li Qiang kepada rakan sejawatnya dari Kemboja pada hari yang sama.
- Xi Utus Tahniah 65 Tahun Hubungan Diplomatik China, Kemboja
- Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula
- China, Kemboja Jalankan Latihan Maritim Bersama
- China, Kemboja Ikrar Mantapkan Kolaborasi
- Perbincangan PM China-Kemboja
- Xi Jinping Ditemui Hun Sen
- PM Kemboja Bakal Lawat China
- Pusat Penyelarasan Laluan Pelayaran Selamat Myanmar Ditubuhkan
- CDB Beri Pinjaman USD50.6 Bilion kepada Negara ASEAN
- PM Li: China Berhemah Raikan Kecemerlangan Sebarang Tamadun Manusia