- Lain-lain
China Bantu Sudan Atasi Krisis Kemanusiaan
Kumpulan pertama barang bantuan kemanusiaan yang disediakan kerajaan China kepada Sudan selamat tiba di Port Sudan, pada Rabu.
Sumbangan seberat 4.6 tan itu merangkumi peralatan perubatan, bahan habis guna perubatan, ubat-ubatan dan sebagainya.
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan China di Sudan, Zhang Xianghua dalam majlis penyerahan berkata selaku rakan akrab bagi Sudan, China akan terus menghulurkan barang bantuan kemanusiaan dengan penghantaran dijangka dibuat pada Ogos dan September.
Setiausaha Rendah Kementerian Pembangunan Sosial Sudan, Gamal Al-Nil Abdalla pula menzahirkan penghargaan atas bantuan dan sokongan yang diberikan China semasa negara itu berdepan kesulitan.
"Sejak lebih 50 tahun lalu, China menghantar pasukan perubatan ke Sudan untuk membantu merawat pesakit dan menyelamatkan nyawa rakyat."
"Ia menjadi cerminan keutuhan jalinan persahabatan kedua-dua negara," ujar beliau.
Terdahulu, barang keperluan harian yang disumbangkan oleh Persatuan Palang Merah China (RCSC) juga telah tiba di negara itu pada 14 Julai.
Menurut laporan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekitar 20.3 juta penduduk Sudan akan menghadapi masalah ketidakjaminan makanan pada Julai hingga September tahun ini.
Angka itu menduduki kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan populasi negara berkenaan.
- Kapal Hospital China Bakal Lawat 5 Negara
- Upacara Penyerahan Bantuan Bijirin China ke Syria Diadakan
- China Hulur Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar
- China Bimbang dengan Kemusnahan Empangan Kakhovka
- China Hantar Lagi Barang Bantuan ke Syria
- China Hulurkan Bantuan Makanan kepada Afrika
- Rawatan Kebajikan Anjuran Skuad Perubatan China di Togo
- PBB Seru Hulurkan Dana Bantu Turkiye
- Pasukan SAR China Selesai Misi di Turkiye
- Barang Bantuan Kerajaan China Tiba di Syria