- Lain-lain
Thailand Permudahkan Proses Permohanan Visa dari China
Kerajaan Thailand akan memberikan kemudahan visa kepada pelancong dari China untuk menarik lebih ramai pelancong China ke negara tersebut.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan timbalan jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand pada Khamis.
Memetik kenyataan yang dipaparkan pada laman web Pejabat Perdana Menteri Thailand, proses kelulusan visa pelancong China ke Thailand dipendekkan kepada tujuh hari bekerja sahaja.
Turut dimaklumkan bahawa Kementerian Luar Thailand juga memendekkan tempoh semakan dokumen visa dari 14 hari bekerja kepada tujuh hari bekerja.
Pada masa sama, kementerian itu bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, serta Jabatan Pelancongan Kebangsaan Thailand sedang mengembangkan sistem rangkaian maklumat untuk mempercepatkan proses semakan dokumen permohonan visa.
Menurut statistik terbaru dari Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, negara Malaysia, China, Korea Selatan, India, dan Rusia merupakan lima negara dengan jumlah pelancong terbanyak ke Thailand.
- Tentera China dan Thailand Adakan Latihan Udara Bersama
- Wang Yi Temui Puteri Thailand Sirindhorn
- Puteri Sirindhorn akan Melawat China
- China, Thailand Bekerjasama Terbitkan Karya Klasik
- China, Thailand Perkukuh Hubungan Segenap Aspek
- CDB Beri Pinjaman USD50.6 Bilion kepada Negara ASEAN
- Peng Liyuan Kunjungi Muzium Seni Kebangsaan Ayutthaya
- Xi, Peng Liyuan Temui Raja dan Permaisuri Thailand
- Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Thailand yang Lebih Stabil, Makmur dan Mampan
- CMG dan PRD Capai Kata Sepakat Penandatanganan Memorandum Kerjasama