- Lain-lain
China, India Berusaha Selesaikan Isu Sempadan
(CRI)Rabu 16 Ogos 2023
Mesyuarat Peringkat Komander Kumpulan Tentera ke-19 China-India telah diadakan di lokasi pertemuan sempadan Moldo-Chushul di sebelah pihak India dari 13 hingga 14 Ogos.
Kedua-dua pihak menjalankan komunikasi secara aktif, mendalam dan konstruktif untuk menyelesaikan isu-isu ketinggalan berkaitan bahagian barat sempadan.
Kedua-dua pihak yang berpandukan arahan pemimpin negara menunjukkan pandangan jauh dalam bertukar-tukar pendapat secara terbuka, dan mencapai persetujuan untuk mengekalkan komunikasi dan dialog melalui saluran ketenteraan dan diplomatik supaya isu-isu yang tergantung dapat diselesaikan secepat mungkin.
Dalam tempoh ini, China dan India bersetuju untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di kawasan sempadan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang