99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Jadual Xi Jinping Semasa Pertemuan Pemimpin BRICS

(CRI)Isnin 21 Ogos 2023

Presiden China, Xi Jinping menetapkan jadualnya untuk menghadiri Mesyuarat Ke-15 Pemimpin Negara BRICS di Johannesburg dan mengadakan lawatan rasmi di Afrika Selatan pada 21 hingga 24 Ogos, atas undangan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Matamela Cyri l Ramaphosa.

Untuk rekod, Xi tidak pernah ketinggalan dalam setiap pertemuan pemimpin negara BRICS sejak edisi 2013.

Dalam mesyuarat ke-14 yang diadakan pada 23 Jun 2022, Xi mengingati para hadirin mengenang kembali visi dan misi tentang penubuhan BRICS pada mulanya sambil menyeru pihak-pihak terbabit agar berganding bahu membentuk perkongsian yang berkualiti tinggi, komprehensif, erat, substantif dan inklusif, dan bersama memulakan kemaraan yang baharu dalam kerjasama BRICS.

Setelah menyandang jawatan presiden negara China, Xi memilih menghadiri mesyuarat BRICS di Durban untuk pertama kalinya pada tahun 2013. Beliau menekankan peri pentingnya untuk meningkatkan solidariti antara anggota BRICS bagi mendorong ekonomi, perdagangan, kewangan, pembangunan infrastruktur dan pertukaran serta lawatan keanggotaan, memacu integrasi pasaran, memastikan kelancaran dan ketersambungan di pelbagai peringkat serta kesalinghubungan darat-laut-udara dan merancakkan pertukaran kebudayaan.

Seterusnya, Xi turut menyanjung tinggi semangat BRICS yang terbuka, inklusif, kerjasama dan menang-menang dalam mesyuarat di Fortaleza, Brazil setahun lepas itu, kemudian mencadangkan pembentukan "hubungan empat rakan utama" di Ufa, Rusia pada 2015, lalu menyarankan perluasan dan pengukuhan "lingkungan rakan" BRICS di Goa, India pada tahun 2016.

Kini, terdapat beberapa banyak negara yang sudah memohon untuk menganggotai mekanisme kerjasama dalam kerangka BRICS dan ini juga akan dijadikan salah satu topik perbincangan dalam pertemuan pemimpin ke-15 BRICS di Johannesburg nanti.

Video

Berita Berkaitan