- Lain-lain
Masyarakat Antarabangsa Diseru Bersama Tuntut Jepun Hentikan Pelepasan Air Radioaktif
(Rakyat Jepun mengadakan tunjuk perasaan di dahapan ibu pejabat TEPCO, membantah pelepasan air sisa radioaktif dari loji Fukushima ke laut, pada 24 Ogos.)
Masyarakat antarabangsa diseru agar bersama-sama menggesa kerajaan Jepun membetulkan keputusan salah dan menghentikan pelepasan air sisa radioaktif ke laut dengan serta merta.
Seruan itu dizahirkan oleh Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap pada sesi perbincangan mengenai resolusi kerjasama antara PBB dengan Forum Kepulauan Pasifik, pada Jumaat.
Geng Shuang menyatakan, lautan adalah harta milik semua umat manusia. Pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke laut secara sepihak langsung mengabaikan kepentingan awam dan mengakibatkan seluruh dunia terdedah kepada risiko pencemaran nuklear.
Beliau menambah bahawa wakil Jepun berkali-kali memetik laporan penilaian oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam ucapan mutakhir ini. Padahal, Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi beberapa kali menekankan bahawa pelepasan air sisa radioaktif ke laut adalah keputusan kerajaan Jepun semata-mata, laporan penilaian IAEA bukanlah pencadang atau asas keputusan Jepun itu.
- Duta China Zahir Bantahan Keras kepada Jepun
- Jepun Mula Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- China Henti Import Hasil Laut Jepun
- Rakyat Korea Selatan Bantah Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- China Bantah Keras Pelepasan Air Sisa Radioaktif Jepun ke Laut
- Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut Mulai 24 Ogos
- Jepun Dituntut Tarik Balik Pelan Pelepasan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- Jepun Didesak Lagi Hentikan Rancangan Buang Air Tercemar Nuklear
- Perhimpunan di Seoul Bantah Jepun Lepas Air Sisa Nuklear
- Jepun Didesak Lagi Jangan Degil Merancang Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut